Teringin nak travel jauh tapi takut anak buat perangai dalam kapal terbang? Biasalah kalau kita sebagai penumpang pun mesti tak suka jika ada anak yang menangis dan meragam sepanjang perjalanan, kalau boleh rasa nak duduk jauh-jauh je! Bila nak melancong luar negara ni memang memerlukan persiapan yang rapi untuk mengelakkan si manja berasa tidak selesa. Nanti bila dah tak selesa mula lah dengar bunyi tangisan dan jeritan satu ‘flight’ kan dah pening.

Artikel ni bukan untuk kaum ibu je, tapi perkongsian ini juga bermanfaat bagi individu yang suka travel bersendirian. At least, bila anda tahu cara mengendalikan anak kecil ketika berada di dalam kapal terbang, secara tidak langsung akan memudahkan situasi tegang yang tidak diingini berlaku anda juga dah berjaya mempunyai ilmu keibubapaan untuk menguruskan anak-anak dengan baik.

                     

3 Tip Paling Penting Ketika Melancong Dengan Si Manja

  • Apabila sudah siap bersedia untuk naik pesawat, biarkan pasangan anda menaiki dulu bersama stroller ( jika bawa ) dan bag keperluan bayi agar ianya lebih teratur. Pasangan anda boleh menyiapkan tempat duduk anda dan juga si manja dengan lebih selesa dan minta sealbelt khas dan berikan botol susu kepada pramugari untuk diisi air panas.
  • Untuk mengelakkan rasa sesak, anda dinasihatkan untuk menjadi orang terakhir yang menaiki pesawat bagi mengelakkan situasi overwhelmed. Anda perlu tahu bawa anak akan berasa kurang selesa sekiranya penumpang lain sibuk mencari tempat duduk dan ingin menyimpan bag, kemungkinan ia akan mengganggu fokus si manja untuk berehat dan tidur.
  • Apabila anda dan si manja sudah duduk dan berasa selesa, pakaikan tali keledar pada anak anda dan beri susu sehingga si manja kenyang.

Baby Nangis Apa Patut Buat ?

Sebagai ibu bapa, pertama sekali anda tidak perlu panik. Jangan takut atau segan untuk mendukung anak anda berjalan di dalam kapal terbang kerana takut penumpang lain berehat. Tapi elakkan untuk beri anak anda mainan yang berbunyi, silap-silap kena marah nanti!

Jika anak anda sudah terbiasa dalam buaian, minta pramugari untuk menyediakan baby coat untuk dipasang pada kerusi agar si manja boleh tidur dengan lena. Haa sebenarnya tak susah pun kalau anda sudah bersedia mental dan fizikal, setiap apa yang berlaku anda harus menikmatinya untuk menjadikan percutian anda lebih hebat!