Nak melancong ke Turki tapi kurang bajet? Atau anda memang seorang suka melancong secara backpackers? Jom kami kongsikan tips-tips yang anda boleh guna utk jimatkan trip ke Turki anda.
- Book tiket flight seawal mungkin. 6-12 bulan sebelum tarikh percutian anda.
- Book hotel secara online (contoh; booking.com) atau nak lagi jimat book saja hostel. Harga hostel di sana murah dan sesuai untuk pelancong jenis backpackers.
- Bawa USD/Euro, jangan bawa RM kalau anda taknak rugi banyak masa exchange duit di Turki nanti.
- Perbanyakkan guna public transport, elakkan taxi. Di Turki, Istanbul khususnya pengangkutan awam tersangat efisyen. Majoriti tumpuan utama pelancong di Turki boleh diakses dengan menaiki pengangkutan awam. Sebagai contoh: tramvay, metro, bus dan feri. Yaaa feri pun dianggap public transport di Istanbul kerana mereka terbahagi kepada 2 benua : Asia dan Eropah.