Kalau melancong ke luar negara, mesti nak bawa buah tangan untuk saudara mara dan kawan-kawan? Rasa tak lengkap pula melancong tanpa shopping barang-barang di sana terutama sekali buat para mak-mak di luar sana, betul tak?

Kalau anda nak tahu di Turki bukan sahaja mempunyai tempat menarik dan bersejarah, tetapi ia juga menjadi kegemaran pelancong untuk berbelanja di sini. Kalau dah sampai Grand Bazaar, siap sedia duit yang mencukupi okay.

Ini kerana di sana terdapat pelbagai barangan yang unik dan khas yang hanya ada di Turki. Barangan seperti emas dan perak turut menjadi pilihan buat pelancong disebabkan harga lebih murah berbanding di tempat lain. So tunggu apa lagi, jom lihat di bawah untuk tahu lebih lanjut tentang Grand Bazaar!

Sebut sahaja barang apa yang anda mahukan confirm ada! Grand Bazaar ini boleh dijadikan sebagai ‘syurga’ buat kaum wanita kerana hampir kesemua barang ada di sini. Daripada tekstil, pakaian, manisan, rempah ratus, cenderamata, barangan kulit, minyak wangi dan barangan elektrik anda boleh beli di sini. Bak kata orang ‘macam-macam ada’!

“Mari Sini Bang, Mari Sini Kakak … Semua Murah Murah”

Apa yang lagi menarik di Grand Bazaar adalah setiap barang akan disusun dan dipamer dengan cukup kreatif bagi menarik perhatian pelanggan . Jangan terkejut pula jika ada diantara peniaga yang memanggil anda dalam bahasa Melayu, haa jangan disangka walaupun anda di luar negara, ramai peniaga di sana faish berbahasa Melayu.

Kawasan Tumpuan Diantara Blue Mosque dan Hagia Sophia

Bukan itu sahaja, pasar ini terletak tidak jauh dari kawasan tumpuan utama pelancong di Istanbul iaitu di Masjid Biru dan Hagia Sophia. Jadi mudah untuk anda berkunjung kerana ia hanya mengambil masa 15 hingga 20 minit dari dua lokasi tersebut.

LAMPU ANTIK & EXCLUSIVE

Jangan risau kalau takut sesat kerana mereka juga menyediakan perkhidmatan seperti bas, teksi dan trem juga bagi memudahkan pelancong. Penduduk tempatan di sana juga ‘friendly’ sekiranya anda ingin meminta bantuan, so tak perlu takut okay!

Bagi yang masih ragu-ragu nak pergi melancong di Istanbul, anda wajib baca entri ni dan kongsi pada keluarga dan kawan-kawan. Memang rugi kalau tak belanja di pasar tertua ni!

CENDERAMATA