Istana Topkapı (Bahasa Turki: Topkapı Sarayı) di dalam bahasa Turki bermaksud “Istana Pintu Meriam”. Ia adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.

Sekiranya sudah sampai Istanbul, anda wajib singgah di Topkapi Palace yang merupakan istana terbesar di Istanbul, Turki dan antara yang tertua di dunia.

Di Istana Topkapi ini juga disimpan jubah dan pedang Nabi Muhammad S.A.W. dan barang-barang peninggalan nabi-nabi yang lain.

Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium. Lokasi ini dipilih khas menjadikan ia dapat memerhati Tanduk Emas, Bosphorus dan Laut Marmara.

           

Dengan keluasan 700,000 ekar, istana ini dibina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fatih. Hari ini,  ia menjadi perpustakaan dan pusat pentadbiran undang-undang Turki.

Istana Topkapı di kelilingi oleh dinding sepanjang 5 KM dan luas 700,000 m2.