Nak hotel yang cantik tapi murah dan selesa?”

Bagi masyarakat Islam selepas menunaikan haji atau umrah, tempat yang menjadi tarikan pelancong Malaysia pastinya negara Turki tersenarai dalam 10 negara yang ingin dilawati. Keindahan dan keunikan bangunan ikonik serta pemandangan yang indah membuatkan ia menjadi lokasi pilihan bagi anda yang ingin beristirehat sambil menenangkan fikiran dengan tanpa berbelanja lebih walaupun bercuti di luar negara.

Fakta Menarik Tentang Turki

  • Negara empat musim
  • Geografi negara yang terletak di dua benua iaitu Eropah dan Asia (Eurosia)
  • Negara asal bunga Tulip
  • Tempat kelahiran warna ‘turquoise’
  • Istanbul (pastinya anda pernah mendengar nama tempat ini)

Dah jangan buang masa fikir lama-lama untuk cari hotel yang menarik dan selesa, jom lihat senarai di bawah!

Image result for hotel amira istanbul

Sumber: prestige

Hotel Amira Istanbul

Jaraknya hanya beberapa minit sahaja dari Masjid Biru dan Haghia Sophia dan anda juga tidak perlu risau kerana mereka menyediakan kemudahan seperti wifi dan juga bersiapan buffet.

Image result for basileus hotel

Sumber : tripadivsor

Basileus Hotel

Nak hotel yang perfect tapi mengeluarkan bajet yang sedikit? Penginapan di sini amat sesuai kerana mereka menawarkan harga berpatutan bermula dari rm 243 semalam. Walaupun ianya adalah hotel bertaraf 3 bintang, tapi anda akan dapat layanan seperti 5 bintang!

Image result for aydinli hotel

Aydinli Cave Hotel

Bagi anda yang suka kelainan hotel ini didirikan dengan batu seakan-akan seperti gua, ini akan mewujudkan satu pengalaman yang cukup luar biasa sepanjang anda berada di sini. Tapi jangan tertipu walaupun luarannya nampak seperti gua dan agak lama, tetapi interior dalamannya sangat m0den dan dilengkapi kemudahan.

Image result for white house istanbul hotel

Sumber: booking.com

White House Hotel Istanbul

Dihiaskan dengan warna putih dan emas memang terasa seperti berada dalam hotel yang mewah, walaupun harga ia sedikit mahal tetapi memang berbaloi jika anda buat keputusan untuk menginap di sini.

Image result for el vino hotel & suites

Sumber: agoda

El Vino Hotel & Suites

Anda ingin hotel yang lebih profesional dan dan selesa, hotel ini memang sesuai tambah lagi bagi anda yang bawa anak-anak untuk memastikan keselamatan mereka terjamin. Dengan hanya rm 400 semalam, anda akan dapat penginapan ‘Luxury’ bahkan lagi mewah daripada hotel mahal yang lain.