Kalau bercakap sahaja tentang melancong di Turki, mesti anda hanya terbayangkan tempat-tempat yang bersejarah sahaja. Opps salah tu! Kalau nak cipta pengalaman baru why not anda semua rancang percutian ke sana ketika musim sejuk.
Mungkin ramai menganggap bahawa musim sejuk tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Untuk pengetahuan anda musim sejuk di Turki bermula pada Disember sehingga bulan Febuari, jadi amat sesuai jika anda bawa satu keluarga untuk melancong ke sana kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan antaranya menaiki kereta kabel di pergunungan salji,bermain ski, food hunting dan dan macam-macam lagi.
Jom kita belanja sikit sneak peek yang anda di Uludag Bursa, rugi kalau tak datang!

Rasanya kalau anda sampai sahaja di sini, perkara wajib yang patut anda lalukan adalah OOTD! Iyalah di Malaysia tiada persekitaran yang penuh salji, jadi sampai sahaja di sana jangan lepaskan peluang berharga ni pasti ia membuatkan anda teruja dengan keindahan Uludag.

KERETA KABEL
Bayangkan sepanjang perjalanan 30 minit ke Gunung Uludag menaiki kereta kabel anda akan dapat menikmati pergunungan bersalji yang pasti membuatkan anda berasa teruja dengan keindahan ciptaan tuhan.

SNOW BOARD

Nak lagi best, jangan lepaskan peluang untuk bermain snow board di sini. Sambil tu boleh la posing-posing untuk update di media sosial hiks!

Buat suami isteri yang baru sahaja kawin, memang sesuai kalau nak cipta kenangan manis bersama pasangan di sini. Duduk atas chairlift sambil menikmati pemandangan dan udara sejuk di sana. Memang feeling habis okay!
Aktiviti Lebih Extreme!

Bagi yang suka aktiviti lebih ekstrem, anda juga berpeluang untuk bermain ski di Uludag. Jangan risau tentang pakaian dan peralatan, kerana mereka menyediakan perkhidmatan agar anda boleh menyewa ketika berada di sana.

SNOW MOBILE
Lepas penat bermain, pekena secawan kopi panas sambil menikmati cuaca sejuk, fuhh memang terbaik!