Eh dah hujung tahun ni, jom pergi bercuti? Ish tak nak lah, aku mana ada duit tambah lagi kau nak pergi luar negara je kang lari bajet aku…”

Haa apa yang kecoh-kecoh tu? Kami faham ramai yang memiliki angan-angan untuk bercuti di luar negara, tapi bila difikirkan balik cukup ke bajet untuk nak pergi nanti. Harga flight tiket, penginapan dan makan memang banyak benda kena fikir sebelum terbang, nanti silap-silap kalau tak cukup duit ada yang kena tinggal nanti hiks! Mungkin bagi anda yang suka sejuk, mesti nak ‘travel’ waktu musim sejuk  baru lah boleh berangan macam dalam cerita Winter Sonata.

Bagi mak-mak dekat luar sana tu, yang nak posing pada musim bunga pun boleh tapi pastikan destinasi yang anda pilih sesuai dengan bajet anda. Mungkin negara Turki tersenarai dalam wishlist anda, ianya memang satu pilihan tepat kerana bukan sahaja mempunyai empat musim malah mata wang Lira juga rendah sedikit berbanding wang ringgit Malaysia. Kalau terlajak shopping pun takda hal lah!

Image result for travel during winter"

Sumber: onetravel 

Percaya tak dengan hanya RM3500 anda boleh berada di sana selama 10 hari dari Istanbul hingga ke Cappadocia. Menarik kan? Tak kisah la anda nak honeymoon atau backpacker, yang penting ia adalah percutian bajet dalam masa yang sama boleh berseronok. Jangan risau kalau dah sampai sahaja Turki anda boleh jalan sahaja kerana kebanyakan lokasi berdekatan dan tidak jauh. Paling penting harga tak cekik darah!

Image result for turki"

Sumber: alamsari

Siapa pernah tengok filem Gladiator? Kalau nak merasai suasana yang lain daripada lain anda wajib singgah di Hippodrome dan ia berdekatan dengan Masjid Sultan Ahmed. Banyak lagi tau tempat menarik yang boleh anda lawati, hanya dengan jalan kaki sahaja. Jom tengok senarai di bawah :

  • Haghia Sophia
  • Masjid Sultan Ahmed
  • Basilica Cistern
  • Hippodrome
  • Grand Bazaar
  • Istana Topkapi
  • Menara Galata

Kalau ada duit terlebih tu, anda boleh lawati ke Cappadocia kerana pemandangan belon udara panas memang akan buat anda teruja dan kagum! Jadi lepas ni jangan takut untuk bercuti di luar negara, yang penting rancang awal dan kaji dulu destinasi yang ingin anda lawati.