Anda pasti percutian anda berjalan dengan lancar? Kebiasaanya ramai diantara anda yang membeli tiket penerbangan tetapi akan mengendahkan apabila di bahagian ‘travel insurance’. Untuk pengetahuan anda, terdapat satu statistik data menunjukkan seramai 85 peratus pelancong yang tiada insurans sewaktu ke luar negara.

Sanggup untuk tanggung kerugian yang banyak jika mengalami sebarang kemalangan atau insiden yang tidak dapat dijangka? Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan kerana itu lebih baik. Bayangkan jika anda berada di negara luar, tiba-tiba salah seorang daripada anda mengalami kecederaan akibat ‘minor accident’ yang berlaku di sana.

Image result for travel insurance"

Sumber: traveltriangle

Percutian Bertukar Tragedi

Untuk kes seperti ini, kami akan kongsikan kepada anda bagaimana sebuah keluarga ini bercuti ke Korea menjadi tragedi walaupun sudah mempunyai ‘travel insurance’ masih dihujani dengan sesuatu yang di luar jangka. Pengalaman berada di negara luar bersama keluarga merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Image result for sick while traveling"

Sumber: cheapnoir

Terpaksa Masuk ICU

Namun ayah kepada ahli keluarga ini, berasa tidak selesa sewaktu perjalanan sehingga ia melarat dan terpaksa dimasukkan ke Hopsital Soon Chun Hyang. Keadaan ayah mereka semakin teruk kerana mengalami sesak nafas dan perlu dimasukkan ke ICU. Pada mulanya, ahli keluarga yang lain berasa tenang sedikit kerana pesakit sudah mempunyai insurans daripada syarikat AXA.

Insurans sebanyak RM300 000 ribu tidak dapat membantu untuk menampung kos rawatan, kerana menurut pihak insurans pesakit hanya mengambil polisi Pay & Claim. Ini bermakna jika melibatkan sebarang sakit laporan lengkap perlu dikeluarkan dan baru boleh buat urusan untuk claim.

Haa nampak tak, kadang-kadang kita tak boleh jangka apa akan berlaku semasa melancong tambah lagi di luar negara dan pengajaran untuk anda semua agar baca terlebih dahulu polisi insurans sebelum membeli.