Kalau anda ‘search’ sahaja tentang negara Turki atau pakej percutian yang berkaitan dengannya pasti anda akan temui destinasi yang sudah umum seperti Haghia Sophia, Pamukkale, dan Cappadocia. Tapi kami yakin pasti anda diantara anda yang belum tahu lagi tentang satu tempat yang dinamakan Alacati, sekali pandang tempat ni memang macam berada di Itali.

Bila bercuti ni mesti nak feeling-feeling lebih kan, lepastu memang wajib lah kena ambil gambar yang lawa. Lokasi atau tempat menjadi faktor utama untuk menjadikan gambar percutian anda kelihatan menarik. Haa tempat ini memang sesuai kerana bangunan dan hiasan di setiap jalan merupakan simbolik kepada bandar tradisional di Turki dengan mempunyai rumah batu, jalan-jalan yang narrow, hotel -hotel butik dan restoran berserta meja di tepi jalan.

Image result for alacati best ke"

Sumber: idris

Image result for alacati best ke"

Sumber: imran

Untuk Instagrammer kawasan ni paling sesuai untuk anda, kerana setiap sudut akan akan berasa cantik untuk mengambil gambar. Tempat ini juga terkenal dengan dengan aktiviti surfing di kawasan pantai  dan pelabuhan untuk kapal layar, jadi bagi yang berminat untuk nak cuba aktiviti lasak di sana, anda jangan lepaskan peluang!

Image result for alacati best ke"

Sumber: libur

Waktu sesuai untuk anda datang ke sini jika ingin mengambil gambar adalah pada waktu pagi kerana ia tidak sibuk berbanding waktu tengahari, jadi anda boleh ambil peluang explore ke semua kawasan dengan lebih lama. Kebanyakan kedai akan dibuka ketika petang dan suasana akan bertambah meriah dan padat apabila malam menjelma.

Jadi kalau teringin nak ke sini anda boleh fly dari Istanbul ke Izmir Airport kemudian naik bas untuk ke Alacati. Perjalanan akan mengambil masa satu jam 15 minit dan sesuai untuk anda menginap di sana selama dua hari satu malam. Tunggu apa lagi, jom plan dari sekarang untuk ke sana, nanti rugi!

Sumber: travelog