Terlalu banyak tempat dan aktiviti menarik yang anda boleh alami semasa melancong ke Turki. Saya akan bagi details sebanyak mungkin dan kalau anda masih ada persoalan, anda boleh terus hubungi konsultan kami yaa..

Saya senaraikan beberapa tempat menarik dahulu yang anda boleh teroka ketika melancong di Turki :

  1. Istanbul : Istanbul adalah bandar terbesar dan paling ramai penduduk. Namun Istanbul bukanlah ibu negara Turki, ramai yang keliru. Anda pun kan?
  2. Bursa : Bandar pertama yang dibuka oleh Kerajaan Uthmaniyyah.
  3. Denizli : Negeri yang mempunyai Pamukkale dan Hierapolis City.
  4. Cappadocia : Tempat paling utama bagi pelancong kerana pemandangan seperti di planet lain dan ada Hot Air Balloon!!!