Bercuti ni memang seronok, tapi jangan sampai lupa keselamatan anda! Haa jangan sekali-kali beri duit kepada mana-mana peminta sedekah terutama kanak-kanak yang datang kepada kita. Ia bakal mengundang masalah kerana menurut salah seorang penduduk di sana mereka umpama ‘bank bergerak’ bagi golongan ini. Cukup dengan hanya berikan kepada seorang saja, yang lain entah dari mana akan datang menyerbu anda.

Tapi jika anda lihat ada penduduk tempatan berikan sedekah di lokasi yang agak tersorok, mungkin anda boleh juga turut berikan. Pengalaman ini kebiasaanya akan berlaku sewaktu di Istanbul bila nampak seorang warga tempatan berikan duit kepada seorang pakcik tua yang berdiri di bawah jambatan.

Bila lalu di tempat yang sama, anda boleh hulurkan beberapa Lira. Ironinya, pakcik tersebut akan terus senyum sambil usap kepala anda. Mungkin berdoa barangkali hiks! Cara lain, jika anda ke lokasi menarik tetapi jauh dan sewaktu nak tinggalkan tempat tu ada gadis kecil menunggu di pintu keluar dengan memegang kalungan bunga, maknanya mereka sedang menunggu anda.

Bukan itu sahaja, ada juga gadis kecil akan memegang kalungan bunga sebaik saja nampak anda tiba di situ dan tunggu hingga selesai melawat. Memang benar,mereka ini daripada keluarga miskin yang tinggal di kampung di situ. Berdasarkan kajian, bacaan dan kenali jenis-jenis scam yang pernah berlaku di Istanbul. Meskipun kebanyakan kisah seperti ini hanya berlegar di Istanbul, tidak mustahil ia juga berlaku di daerah lain. Jadi sentiasalah berwaspada.
Haa jadi, jangan sampai terlampau excited dan seronok sangat bila pergi bercuti di luar negara, dalam masa yang sama anda perlu menitikberatkan keselamatan agar perkara yang tidak dingini berlaku. Semoga bermanfaat!