Nak dapatkan gambar yang ‘on point’ ni bukan terletak pada pakaian dan muka yang cantik sahaja. Tapi lokasi dan latar tempat pun  penting tau untuk membuatkan ia nampak lebih unik dan menarik. Bak kata golongan milenium kalau dah pakai lawa-lawa kena lah tunjuk outfit of today (ootd) baru ada kelas! Nampak macam mudah, tapi hakikatnya berkali-kali tangkap gambar pun belum tentu ada sesuai.

Jangan gelisah wahai kaum Hawa,  sebab kali ni kita orang akan kongsikan kepada anda satu tempat menarik yang wajib anda lawati dan paling penting confirm gambar anda akan nampak lebih ‘on point’ gitu. Pernah dengar tentang bangunan ikonik Hagia Sophia, ala sampai Vivy Yusof pun siap posing dekat situ lagi, haa jadi masa ni lah pula turn anda pula.

Sebuah Harta Warisan Dunia 

Bagi yang bercadang nak melancong ke Turki, sebelum anda berangkat ke sana wajib baca artikel ni dulu! Kalau sebelum ini sebut sahaja tentang Turki mesti anda terfikir tentang belon panas di Cappadocia sahaja. Opps bukan itu sahaja, untuk pengetahuan anda, Hagia Sophia adalah salah satu bangunan megah yang wajib dikunjungi kerana anda akan dapat lihat kesenian dan keunikan binaan yang mengagumkan walaupun ia sudah dibentuk sejak dulu lagi.

Cuba anda bayangkan menikmati secawan teh sambil melihat pemandangan Blue Mosque yang berhadapan sahaja dengan Hagia Sophia memang cukup mengasyikkan! Walaupun hampir 500 tahun berfungsi sebagai masjid, namun ia masih menjadi tarikan para pelancong dan terdapat kemudahan untuk melakukan ibadah seperti mihrab, mimbar, tempat wudhu, dapur perpustakaan, makan dan pondok Sultan.

Tip Untuk OOTD Lebih Menarik 

-Latar belakang

-Sudut/Angle

-Pencahayaan

-Tiru posing macam dalam majalah

-Prop

-Edit

Haa mudah je kan? Lepas ni makin banyak la gambar anda yang on point! Jangan lupa untuk share kepada kawan-kawan anda yang lain.