Nak melancong ke Turki tapi kurang bajet? Atau anda memang seorang suka melancong secara backpackers? Jom kami kongsikan tips-tips yang anda boleh guna utk jimatkan trip ke Turki anda.

  1. Book tiket flight seawal mungkin. 6-12 bulan sebelum tarikh percutian anda.
  2. Book hotel secara online (contoh; booking.com) atau nak lagi jimat book saja hostel. Harga hostel di sana murah dan sesuai untuk pelancong jenis backpackers.
  3. Bawa USD/Euro, jangan bawa RM kalau anda taknak rugi banyak masa exchange duit di Turki nanti.
  4. Perbanyakkan guna public transport, elakkan taxi. Di Turki, Istanbul khususnya pengangkutan awam tersangat efisyen. Majoriti tumpuan utama pelancong di Turki boleh diakses dengan menaiki pengangkutan awam. Sebagai contoh: tramvay, metro, bus dan feri. Yaaa feri pun dianggap public transport di Istanbul kerana mereka terbahagi kepada 2 benua : Asia dan Eropah.