Musim Bunga Di Istanbul, Buatkan Anda Dan Pasangan Rasa Seperti Dalam Filem Hindustan!

Kalau sekarang ni anda tengah buntu fikir nak bercuti dimana bersama keluarga, haa artikel kali ini memang tepat dan sesuai untuk anda semua kerana Donna akan mencadangkan anda untuk melancong ke luar negara iaitu di Turki. Kalau dah pergi Turki, kota Istanbul adalah lokasi terbaik bagi anda dan pasangan untuk menikmati percutian indah yang pasti tidak dapat dilupakan.

Jangan fikir lama-lama, nanti rugi! Bagi siapa yang suka tonton filem hindustan, mesti anda pernah lihat ‘scene’ mereka menari di taman bunga yang cantik, siap guling-guling gitu. Opss stop berangan, kerana ia boleh jadi kenyataan hiks! Nak tahu keindahan musim bunga di Istanbul, jom let’s checkout.

Taman Emigran
Pada musim bunga kebiasaanya taman ini akan diadakan festival Tulip, dan pada waktu itu anda akan nampak ramai pelancong di serata dunia akan ke tempat ini untuk melihat keindahan pemandangan bunga tersebut.

Apa lagi menarik, taman ni cukup besar sehingga anda boleh melihatnya dan menikmati walaupun berada dalam kereta. Haa bagi penat nak jalan atau malas untuk keluar berjalan kerana takut orang ramai, anda boleh pakai cara ini. Ini kerana taman Emigran mempunyai keluasan yang sesuai untuk kenderaan lalu dan dalam masa yang sama anda boleh jimatkan masa.
So kalau nak berseronok dan mahu tempat yang cantik itu bercuti, sini lah tempat paling ‘superb’ yang anda boleh lawati.

Keunikan Permaidani Tulip
Karpet bunga? Mesti anda tidak pernah terlintas difikiran tentang permaidani yang memiliki motif bunga. Cuba anda bayangkan anda dan suami berada di sana dan dapat melihat hamparan penuh bunga Tulip yang cantik, seolah-olah ia adalah ‘karpet bunga’ yang mekar indah. Bukan pemandangan yang cantik sahaja anda dapat menikmati malah, aroma dan warna bunga tersebut mampu membuatkan setiap hati pengunjung berasa tenang dan selesa apabila melihatnya.

Sebelum tu, diingatkan pada anda semua kalau nak tengok bunga Tulip ini mekar anda perlu lock date percutian anda pada bulan April. Bila sampai sahaja di sana, anda akan dapat lihat ratusan bunga tersebut yang ditanam di beberapa tempat bahkan ada juga terdapat di beberapa sudut kota. Menarik kan?