Masjid Sultan Ahmed dinamakan sebagai masjid biru kerana hiasan jubin didalam masjid tersebut berwarna biru. Masjid ini dibina oleh SultanAhmet dan ianya merupakan masjid pertama pada zaman beliau. Masjid ini adalah lambang kehebatan empayar Turki. Anda pasti terpegun dengan keindahan masjid ini yang mengabungkan senibina Islam dan juga Ottoman. Masuk adalah percuma.
Cappadocia
Cappadocia terkenal kerana belon udara panasnya dan pemandangan yang berbatu yang sememangnya sangat cantik. Kalau anda sudah sampai ke Cappadocia, jangan lepaskan peluang untuk mencuba belon udara panas di sini. Kebiasaannya sebuah belon udara panas akan membawa lebih kurang 10 hingga 30 orang pada satu-satu masa.VIEW DARIPADA MITRACAVE HOTEL
Haghia Sofia
Haghia Sofia merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah di Turki yang cantik dan melambangkan kehebatan senibina Kristian dan juga Islam. Pada asalnya Haghia Sofia merupakan sebuah gereja dan kemudian bertukar menjadi sebuah masjid. Pada hari ini, Haghia Sofia adalah sebuah muzium .Harga untuk masuk ke Haghia Sofia adalah sebanyan 25 TRY (Turkish Lira) atau lebih […]


